Apabila berlaku kematian, ahli keluarga sering menghadapi suatu komplikasi kehidupan : Semua harta si mati dibekukan dan sumber pendapatan keluarga terhenti. Soalnya: Siapakah yang akan mentadbirkan HARTA PUSAKA si arwah? Siapakah yg akan membayar HUTANG PIUTANG yang ditinggalkan beliau? KLINIK PEWARISAN HARTA mempunyai formula penyelesaian yang segera dan efektif. Sila hubungi : 012-7767171 (HJ. ZULFAKAR RAHMAT) utk keterangan lanjut.

Mutiara Dari Al-Quran

Mutiara Dari Al-Quran

Monday, November 1, 2010

Pusat Khidmat Muamalat: Rancanglah harta anda sekarang.....: MENGAPA PERLU MERANCANG HARTA???

Pusat Khidmat Muamalat: Rancanglah harta anda sekarang.....: MENGAPA PERLU MERANCANG HARTA???: "Subscribe to: Post Comments (Atom)"

MENGAPA PERLU MERANCANG HARTA???

Kita perlu merancang harta demi untuk kebahagian ahli keluarga dan waris-waris tersayang.  Walaubagaimanapun, perlulah kita merancang harta berlandaskan hukum-hukum Syariah.  

Banyak kebaikan sekiranya kita merancang harta iaitu seperti berikut:-
(i) Waris-waris boleh membuat tuntutan ke atas harta pusaka si mati dengan mudah, cepat dan teratur;
(ii) Balu si mati tidak perlu mengalirkan keringat untuk meneruskan kehidupan (tanpa suami) kerana suami ada meninggalkan wasiat harta untuk isteri dan anak-anak tersayang;
(iv) Hak pemilikan tanah boleh ditukar nama terus daripada nama arwah suami kepada isteri kerana urusan pindah milik tanah telah diuruskan semasa suami masih hidup melalui proses hibah beramanah;
(v)  Tanah tidak terbiar kerana urusan pindah milik tanah telah dilaksanakan semasa suami masih hidup;
(vi)  Wang simpanan si mati boleh dikeluarkan dengan mudah untuk kegunaan isteri dan anak-anak bagi meneruskan penghidupan;
(vii)   Proses perundangan yang rumit dan karenah birokrasi yang merimaskan dapat dielakkan sekiranya perancangan harta dibuat semasa masih hidup.
 

Tuesday, October 19, 2010

DITAKDIRKAN SAYA MENINGGAL DUNIA, RUMAH SAYA AKAN MENJADI MILIK MUTLAK ISTERI & ANAK-ANAK SAYA???

Ramai orang beranggapan bahawa sekiranya dia meninggal dunia, semua harta yang ditinggalkannya, termasuk rumah kediaman yang sekarang didiami oleh isteri dan anak-anaknya  itu akan menjadi harta isteri dan anak-anaknya secara MUTLAK.

Dari segi hukum dunia, memanglah rumah dan harta-harta lain yang ditinggalkan oleh simati menjadi hak milik isteri dan anak-anak yang masih hidup.  Sebaliknya, dari segi hukum FARAID, semua harta pusaka si mati BUKAN sahaja menjadi milik isteri dan anak-anaknya MALAHAN menjadi hak milik bapa, ibu, atau mungkin adik beradik si mati. Ini bermakna, waris-waris si mati (selain isteri dan anak-anaknya) seperti ibu, bapa dan adik beradik si mati boleh menuntut hak masing-masing ke atas rumah tersebut.

Dari segi pembahagian secara faraid, harta pusaka si mati boleh dituntut oleh waris-warisnya, mengikut bahagian masing-masing, seperti berikut:-

(i) ibu  -1/6 bhg
(ii) bapa - 1/6 bhg
(iii) isteri - 1/8 bhg
(iv) anak perempuan - 1 bhg
(v) anak lelaki - 2 bhg.
(vi) adik beradik lelaki si mati
(vii) adik beradik perempuan si mati

Oleh yang demikian, isteri simati TIDAK BOLEH mendakwa bahawa rumah pusaka peninggalan suaminya itu adalah hak milik dia dan anak-anaknya sahaja. Sekiranya beliau menafikan hak ibu dan bapa mertua serta ipar duainya itu, maka isteri tersebut boleh dianggap mengambil hak orang lain secara batil dan hukumnya BERDOSA.

Kami di MAA Takaful mempunyai kepakaran dan pengalaman tentang bagaimana kemelut hak milik rumah dan harta pusaka simati yang lain dapat diatasi. Adalah menjadi tugas kami agar pembahagian harta pusaka simati dilaksanakan dengan adil dan saksama berdasarkan hukum faraid. Dengan cara itu isteri dan anak-anak simati terselamat daripada Fitnah Harta Pusaka.

Saturday, October 16, 2010

BOLEHKAH SAYA HIBAHKAN PERNIAGAAN SAYA KEPADA ANAK-ANAK YANG MASIH KECIL???

Baru-baru ini saya ada temujanji dengan seorang usahawan wanita, Puan Zulina (bukan nama sebenar).  Menurut katanya, beliau telah melibatkan diri di dalam perniagaan pusat penjagaan anak-anak (TASKA) selama hampir 5 tahun. Setakat ini, pernigaannya sangat berjaya dan beliau merancang untuk membuka  beberapa buah taska yang baru.

Meskipun demikian, beliau kini merasa amat bimbang tentang masa depan perniagaannya itu. Katanya, apakah yang akan terjadi kepada perniagaannya itu sekiranya beliau ditakdirkan jatuh sakit atau meninggal dunia. Puan Zulina tidak mempunyai sesiapa pun yang boleh diberi tanggungjawab untuk menguruskan perniagaannya sekiranya ditakdirkan musibah menimpa dirinya kelak.

Puan Zulina meminta nasihat saya sama ada beliau boleh menghibahkan perniagaannya kepada anak-anak yang masih kecil itu. Disamping itu, bolehkah beliau melantik sesiapa untuk meneruskan perniagaannya apabila beliau tiada lagi.

Masalah yang dihadapi oleh Puan Zulina tersebut boleh diatasi dengan cara membuat Hibah Amanah. Melalui pengisytiharan Hibah Amanah, seseorang pemegang saham atau ekuiti di dalam sesuatu syarikat boleh dipindahkan kepada waris-waris terdekat meskipun waris-waris tersebut masih kecil.

Hibah membawa maksud "pemberian".  Di dalam Islam, pemberian melibatkan pemindahan hakmilik harta mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan:
(i) Individu yang mahu menghibahkan hartanya kepada orang yang masih hidup, contohnya semasa hidupnya, tanpa halangan untuk menetapkan bahagian masing-masing.
(ii) Walaubagaimanapun, apabila individu tersebut telah membuat hibah melalui Wasiat, hibah tersebut hanya sah kepada 1/3 daripada harta bersihnya.
(iii) Pemberian yang dibuat oleh orang yang sedang nazak akan dikendalikan seperti pemberian di dalam Wasiat, dimana ianya tertakluk kepada peraturan 1/3 sahaja daripada harta bersih pemberi hibah.

Kami mempunyai kepakaran untuk membantu anda dalam menguruskan pewarisan harta melalui kaedah Hibah. Melalui kaedah ini, pemberian hibah untuk orang kesayangan anda akan memberikan mafaat kepada mereka, walaupun selepas pemergian anda, tanpa menetapkan bahagian masing-masing sebagaimana dalam Wasiat.

Saturday, September 25, 2010

SIAPA YANG SEPATUTNYA MERANCANG HARTA MELALUI WASIAT?

Ramai yang bertanya saya: Siapakah yang sepatutnya membuat pewarisan harta melalui wasiat?
Jawapan saya mudah saja: SETIAP orang!

Sepatutnya setiap orang perlu merancang pewarisan harta semasa kita masih hidup, jangan bertangguh-tangguh esok atau lusa kerana ajal maut akan datang tanpa sebarang notis!

Wasiat adalah satu dokumen yang mengandungi perancangan harta pusaka berbentuk arahan kepada Pentadbir atau Wasi (yang dilantik oleh pewasiat) untuk melaksanakan segala hasrat pembuat wasiat atau Pewasiat termasuklah melaksanakan segala perancangan, pengurusan dan pengagihan harta pusaka selepas pewasiat itu meninggal dunia.

Pewarisan harta yang dirancang melalui wasiat dapat diagih-agihkan kepada waris-waris yang layak menerima. Disamping itu, melalui wasiat juga pewasiat boleh menyatakan hasratnya untuk membuat amal jariah dengan cara mengimfakkan 1/3 daripada harta pusakanya kepada orang lain untuk tujuan kebaikan. Pahala bersedekah amat besar, laksana air sungai, sentiasa mengalir hingga hari kiamat!

Ternyata perancangan harta pewarisan melalui wasiat mempunyai banyak kebaikan, antaranya ialah:-

(i) perlantikan Pentadbir harta atau Wasi melalui wasiat akan memudahkan segala urusan dan pentadbiran harta pusaka selepas berlaku kematian;
(ii)perlantikan Penjaga yang boleh dipercayai akan menjamin kebajikan dan kepentingan waris-waris selepas kematian termasuk kepentingan anak-anak bawah umur atau anak-anak yang menghadapi penyakit kronik;
(iii)pengisytiharaan tentang semua harta yang dimiliki, segala hutang piutang dan juga waris-waris si mati;
(iv)meninggalkan pesanan atau nasihat yang baik kepada waris-waris terdekat terutama kepada anak-anak yang ditinggalkan;
(v)mengurangkan bebanan kepada waris-waris dalam urusan tuntutan harta pusaka;
(vi)mempercepatkan proses tuntutan harta pusaka;
(vii)boleh membuat amal jariah (sedekah)ke atas harta pusaka untuk tujuan kebajikan ummah.

Akhir sekali, renungkanlah sabda Rasulullah ini:-

"Gunakanlah lima sebelum lima: masa muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, masa lapang sebelum sibuk dan hidup sebelum mati"

Tuesday, August 17, 2010

Tujuh Pekara Yang Membinasakan Umat Islam

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda mengenai tujuh (7) perkara yang membinasakan umat Islam. Satu daripada perkara-perkara tersebut adalah tentang "memakan harta anak yatim".

Pengertian "anak yatim" adalah anak yang masih kecil, yang masih belum baligh tetapi telah kematian bapanya. Oleh yang demikian, anak ini tidak mempunyai penjaga utama untuk memelihara dan mendidiknya.

Agama Islam amat memandang berat terhadap anak yatim. Orang yang memelihara anak yatim dengan baik dan sempurna digandakan Allah pahala ke atasnya. Sebaliknya, orang yang mensia-siakan anak yatim dianggap sebagai golongan yang mendustakan agama Allah.

Anak yatim yang mempunyai harta yang banyak daripada peninggalan (harta pusaka) bapanya hendaklah diuruskan oleh pemegang amanah (wali) dengan baik. Al-Quran memberikan petunjuk yang jelas tentang cara-cara untuk menguruskan harta anak yatim. Sila rujuk surah An-Nisaa' (ayat 5 & 6).

Allah telah menggariskan tugas dan tanggungjawab para pemegang amanah atau wali kepada anak yatim. Ayat kelima surah An-Nisaa' itu menyebut bahawa Allah melarang pemegang amanah yang menguruskan harta anak yatim itu menyerahkan harta tersebut kepada mereka (anak yatim)sebelum terbukti kemampuan mereka untuk menguruskannya sendiri dengan baik. Pengurus harta itu hendaklah menyediakan terlebih dahulu keperluan asas kepada anak yatim (daripada harta yang diuruskan itu)seperti pakaian, makanan, penginapan dan sebagainya kerana mereka mempunyai hak ke atas harta pusaka tersebut.

Dalam surah An-Nisaa' juga, Allah menerangkan bahawa pemegang amanah yang menguruskan harta anak yatim hendaklah mengadakan ujian-ujian ke atas anak yatim bagi membuktikan bahawa mereka telah mampu menguruskan sendiri harta pusaka mereka sebelum harta tersebut diserahkan kepada mereka. Ujian tersebut bertujuan menghindarkan diri anak yatim itu menyalahgunakan harta mereka atau membazirkan harta mereka.

Allah juga telah menggariskan larangan-larangan yang perlu dipatuhi oleh para pemegang amanah. Misalnya, pemegang-pemegang amanah ditegah sama sekali membelanjakan harta anak yatim untuk kegunaan peribadinya kecuali pemegang amanah tersebut seorang yang miskin. Beliau dibenarkan menggunakann harta naka yatim itu dengan kadar yang munasabah, sekadar cukup sahaja dan tidak berlebihan. sebaliknya sekiranya pemegang amanah tersebut seorang yang kaya, dia tidak dibenarkan sama sekali memakan harta anak yatim.

Pemegang amanah juga dilarang menukarkan harta yang baik kepada yang tidak baik ketika menyerahkan harta tersebut kepada anak yatim. Selain itu, ditegah juga pengurus anak yatim itu mencampuradukkan hartanya dengan harta anak yatim. Semasa penyerahan harta kepada anak yatim itu, seelok-eloknya pemegang amanah tersebut perlulah mengadakan saksi bagi menyaksikan proses penyerahan harta itu.

Demikian cara-cara pengurusan harta anak yatim menurut hukum syariah.

Bahan rujukan: Ustaz Haji Zakaria Hj. Omar, 7 perkara Yang Membinasakan Umat Islam (2007).

Friday, August 13, 2010

PUSAT KHIDMAT MUAMALAT

InsyaAllah, sebuah Pusat Khidmat Muamalat (PKM) akan dibuka di Tingkat 2, Klang City Square (berhadapan dengan Masjid Bandar DiRaja Klang) sedikit masa lagi. PKM ini diuruskan oleh MAWARITH Wealth Managemant, sebuah syarikat yang terlibat dengan perniagaan muamalat Islam seperti penulisan wasiat harta, pengistiharaan hibah/harta sepencarian, pengurusan tuntutan harta pusaka, ejen takaful dan skim amanah syariah.

PKM ini merupakan satu-satunya pusat yang dibangunkan dengan kerjasama Warisan Mukmin Sdn. Bhd.;sebuah ejen korporat yang dilantik oleh Amanah Raya Bhd. (dalam bisnes penulisan wasiat), MAA Takaful (bisnes takaful) dan Public Mutual (bisnes amanah saham).

Matlamat kami adalah untuk menggalakkan orang-orang Islam merancang harta mereka semasa mereka masih hidup lagi,jangan berlengah-lengah.Dalam perancangan harta, Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

"Gunakanlah lima sebelum lima: masa muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, masa lapang sebelum sibuk dan hidup sebelum mati."

"Kami sentiasa bersedia membantu anda!"

Thursday, July 1, 2010

Kalau harimau mati meninggalkan belang. Manusia mati janganlah meninggalkan HUTANG!

Mingguan Malaysia bertarikh 6 Jun 2010 ada menyiarkan berita bertajuk " Kakitangan awam terjebak ah long". Berita tersebut menarik perhatian saya oleh kerana dilaporkan bahawa kira-kira 2 hingga 3% daripada penjawat awam yang menetap di Putrajaya "terjebak" dengan ah long sehingga gaji bulanan mereka sering tidak mencukupi.

Difahamkan bahawa mereka yang terlibat itu adalah terdiri daripada kakitangan Kerajaan kumpulan sokongan yang didapati sanggup meminjam wang daripada ah long dengan alasan untuk membeli kereta baru atau untuk berjudi.

Jika mengambil kira bilangan kakitangan Kerajaan lain yang berhutang dengan syarikat-syarikat kad kredit atau membuat pinjaman dengan institusi kewangan atau kopeerasi, maka sudah tentu peratusan mereka yang terjebak dengan masalah hutang akan menjadi bertambah ramai.

Persoalannya sekarang ialah mengapakah penjawat awam tersebut sanggup berhutang dengan ah long semata-mata hanya untuk hidup bermewah-mewah atau akibat ketagihan judi? Adalah gaji yang mereka terima setiap bulan itu tidak mencukupi akibat kegawatan ekonomi sekarang atau mereka sememangnya bersikap boros dalam menguruskan kewangan peribadi mereka?

Tidakkah mereka sedar bahawa dengan meminjam wang daripada ah long atau peminjam wang yang lain, mereka terpaksa membayar bunga (interest)yang tinggi untuk tempoh masa yang lama walhal pinjaman pokok tidak akan berkurangan daripada amaun pinjaman asal? Ini melibatkan riba yang berlipat lagi ganda, yang amat ditegah oleh agama kita Islam.

Bayangkanlah apakah nasib yang akan menimpa ke atas isteri dan anak-anak mereka sekiranya sipeminjam meninggal dunia secara mengejut sedangkan hutang masih belum berbayar? Sekiranya si peminjam masih bujang, sudah tentu beban hutang tersebut akan terpaksa dipikul oleh ibu bapa mereka.

Pada dasarnya, umat Islam tidak digalakkan berhutang. Ini merujuk kepada sikap Rasulullah SAW yang keberatan melaksanakan solat jenazah ke atas mayat yang masih memiliki tanggungan hutang. Baginda pernah bersabda:

" Diampunkan bagi serang (yang mati) syahid semua dosanya kecuali hutang".

- Riwayat Muslim

Walau bagaimanapun, Islam masih memberikan ruang dan kelonggaran untuk berhutang,khususnya dalam keadaan darurat dan teramat memerlukannya. Tetapi, perlu diingat disamping Islam memberi kelonggaran tersebut, setiap hutang itu WAJIB dijelaskan sebelum sesorang itu meninggal dunia. Ingatlah bahawa kewajiban membayar hutang tidak akan terlepas sekalipun dengan melaksanakan ibadat-ibadat yang besar pahalanya. Rasulullah SAW bersabda:

"Demi Tuhan yang diriku ditanganNya, jika seseorang lelaki itu terbunuh di jalan Allah, kemudian dia dihidupkan semula, kemudian dia terbunuh lagi, kemudian dia dihidupkan lagi, kemudian dia terbunuh lagi dalam keadaan dia menanggung hutang,dia tetap tidak akan dapat masuk syurga selagi hutang tersebut belum dijelaskan (oleh saudara-maranya)."

- Riwayat An-Nasa'i

Kepada mereka yang terjebak dengan kemelut hutang, sama ada dengan ah long, ceti atau pun institusi kewangan yang lain, saya ingin mengingatkan diri saya dan kawan-kawan lain agar SEGERA mengambil tindakan untuk menjelaskan hutang-hutang agar beban hutang tersebut tidak ditanggung oleh waris-waris apabila ditakdirkan kita meninggal dunia sedangkan hutang masih belum habis dibayar.

Akhir sekali, terdapat syarikat takaful yang menyediakan pelbagai pakej bertujuan membantu para pelanggannya menyelesaikan hutang-hutang melalui pembayaran faedah-faedah kematian apabila seseorang pelanggan takaful berkenaan meninggal dunia.

Monday, June 7, 2010

Benarkah Kaum Wanita Golongan Yang Mudah Terjebak Melakukan Dosa Fitnah Harta Pusaka?

Ada sesetengah pihak berpendapat bahawa kaum wanita adalah golongan yang paling mudah terjebak melakukan dosa Fitnah Harta Pusaka. Benarkah pandangan tersebut? Mungkin pendapat tersebut berlandaskan  situasi dimana para isteri adalah orang yang paling hampir dengan suami. Sekiranya berlaku kematian ke atas suami, maka isteri si matilah merupakan waris paling hampir dan bertanggungjawab menguruskan harta-harta peninggalan suami.

Fitnah Harta Pusaka boleh ditafsirkan sebagai suatu perbuatan menggunakan harta peninggalan si mati dengan cara yang haram dan tidak betul dan ianya dilakukan sama ada secara sedar atau tidak sedar.

Sebenarnya, kesalahan melakukan fitnah harta pusaka bukan terhad kepada golongan wanita (terutama para isteri) sahaja malahan dosa tersebut boleh dilakukan oleh mana-mana waris si mati yang di beri tanggungjawab mentadbirkan harta pusaka selepas berlaku kematian, misalnya bapa mertua, ibu mertua, anak-anak si mati atau pemegang amanah atau wasi yang tidak bertanggungjawab. 

Fitnah Harta Pusaka boleh dibahagikan kepada tiga keadaan seperti berikut:-

(i)  Memakan Hak-Hak Si Mati
Sebagai orang Islam, kita perlu mengetahui hak-hak berkaitan dengan harta peninggalan si mati. Ini adalah kerana setiap harta peninggalan si mati sama ada dalam bentuk harta alih (seperti wang tunai, saham, kereta, wang simpanan bank, ASB, KWSP dll) atau harta tak alih (spt rumah, tanah, kebun, ladang dll), WAJIB ditunaikan beberapa hak sebelum harta tersebut di agih-agihkan kepada waris-waris. Hak-hak tersebut perlu diselesaikan SEGERA mengikut turutan seperti berikut:
  • membiayai kos pengurusan jenazah 
  • melunaskan hutang-hutang si mati (hutang kpd agama dan hutang kpd manusia)
  • menyelesaikan tuntutan harta sepencarian (jika ada)
  • menunaikan wasiat (jika ada); dan
  • membahagikan harta kpd waris-waris yang layak.
Walaubagaimanapun, sering berlaku di dalam masyarakat kita di mana waris-waris si mati yang terdekat akan terus membahagi-bahagikan harta pusaka kepada waris-waris TANPA menyemak hak-hak lain yang perlu diselesaikan terlebih dahulu terutama sekali berhubung dengan hutang-hutang si mati. Sepatutnya harta yang ditinggalkan si mati, hendaklah digunakan untuk membayar segala hutang-hutangnya. Dalam hal ini, Rasulullah SAW ada menegaskan di dalam hadisnya yang bermaksud:
"Jiwa sesorang mukmin itu disangkutkan dengan hutangnya sehingga hutangnya dilunasi". (Riwayat Ahmad, Ibnu Hajar & Tarmizi).

Hadis tersebut memberi maksud bahawa selagi mana hutang si mati tidak diselesaikan dengan menggunakan harta yang ditinggalkannya, maka selagi itulah rohnya akan tersiksa di alam kubur.  
                                                                                  
 (ii) Memakan Harta Anak Yatim
Pada kelazimannya, apabila berlaku kematian suami, isteri si mati akan menggunakan wang yang ditinggalkan oleh arwah suaminya untuk membiayai kos penghidupan mereka sepertimana biasa, termasuk perbelanjaan untuk kenduri arwah suaminya. Perlu diingatkan bahawa wang peninggalan arwah suami itu sebenarnya adalah harta pusaka dan ianya TIDAK boleh dibelanjakan secara sewenang-wenangnya oleh si isteri tanpa terlebih dahulu berbincang serta mendapat persetujuan ahli-ahli waris yang lain. 

Perbuatan memakan harta anak yatim adalah satu kesalahan yang dianggap berdosa. Ianya amat ditegah oleh Allah dan Rasulnya. Allah telah memberi amaran keras kepada sesiapa yang melakukan dosa memakan harta anak yatim. Firma Allah SWT :

"Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala". (Surah An-Nisa : 10)

(iii) Memakan Harta Secara Batil (Haram atau Tidak Betul)
Waris-waris terdekat amat mudah terdedah kepada melakukan fitnah harta pusaka apabila mereka menggunakan harta pusaka peninggalan si mati tanpa membahagi-bahagikan kepada waris-waris lain yang layak. Misalnya, sekiranya arwah si suami masih mempunyai emak dan ayah, semua harta pusaka suami perlu dibahagikan mengikut hukum-hukum faraid, di mana kedua ibu dan bapa si suami mempunyai hak ke atas harta pusaka tersebut, selain daripada isteri (atau isteri-isteri) dan anak-anak.

Perbuatan memakan harta secara batil juga adalah satu kesalahan dan dianggap berdosa. Firma Allah SWT:

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan harta di antara kamu dengan cara yang batil ". (Surah An-Nisa : 29).   

 Akhir kata, dosa  melakukan Fitnah Harta Pusaka ini boleh dielakkan sekiranya semua orang Islam sedar tentang betapa perlunya membuat perancangan harta semasa masih hidup. Pewarisan harta perlu dilakukan sekarang, tanpa dilengah-lengahkan lagi. Semasa kita masih hidup ini, kita perlulah membuat perancangan awal tentang kepada siapa harta peninggalan kita hendak diwarisi. Kita perlu melantik sesaorang yang boleh dipercayai bagi mentadbirkan harta peninggalan selepas kita meninggal dunia kelak. Perancangan harta PERLU di uruskan SEGERA kerana ajal maut boleh datang menjemput kita pada bila-bila masa, tanpa lewat atau tercepat walau sesaatpun.    

Thursday, May 20, 2010

Urusan Harta Pusaka : Jangan Ambil Mudah!

Berdasarkan pengalaman saya dalam memberi ceramah-ceramah tentang " Penulisan Wasiat Harta ", saya telah menerima beberapa reaksi daripada para peserta. Reaksi tersebut bolehlah dikategorikan kepada 3 jenis:-
(i) " Saya tak perlu buat wasiat sebab saya masih muda"
(ii) " Buat apa nak susah-susah buat wasiat, saya tak ada harta"; dan
(iii) "Orang yang buat wasiat tu adalah orang yang hampir nak mati."

Urusan mengenai pembahagian harta pusaka WAJIB DISEGERAKAN. Ini adalah kerana apabila berlaku kematian ke atas seseoramg Muslim, harta yang ditinggalkan oleh si mati tersebut (dipanggil harta pusaka) WAJIB diuruskan  dengan SEGERA menurut turutan hak-hak seperti berikut:-
(i) Perbelanjaan pengurusan jenazah (misalnya: upah mandi mayat, gali kubur, baca talqin, sewa van mayat dll)  
(ii) Membayar hutang si mati terhadap agama (misalnya: upah haji, zakat, nadzar, kifarah)
(iii) Membayar hutang si mati terhadap manusia (contohnya: hutang kad kredit, hutang rumah, hutang kereta, hutang dengan kawan dsb.)
(iv) Menyelesaikan tuntutan Harta Sepencarian
(v) Menunaikan wasiat ( tertaaluk kepada had maksima 1/3 daripada baki harta pusaka selepas dilunaskan hutang piutang); dan
(vi) Membahagi-bahagikan  2/3 baki harta kepada waris-waris yang layak (mengikut Faraid).

Perlu diingatkan bahawa perlaksanaan urusan di atas TIDAK berlaku  secara automatik selepas berlaku kematian anda.  Urusan tersebut perlu dirancang dengan teliti supaya ianya dapat dilaksanakan dengan lancar dan yang lebih penting, mengikut lunas-lunas Syariat.

Perancangan pewarisan harta perlu dibuat SEKARANG, jangan ditangguh-tangguh dengan memberi berbagai alasan - umur masih muda atau menunggu selepas pencen. atau menunggu apabila harta telah banyak!

Semua orang Islam sememangnya telah mengetahui bahawa hukum mengenai harta pusaka  di atas  adalah  FARDU KIFAYAH dan WAJIB.

Hakikatnya, terlalu ramai orang Islam yang telah gagal!  Ramai orang Islam yang tidak merancang semasa mereka masih hidup lagi tentang bagaimana harta mereka hendak diuruskann apabila meninggal dunia kelak? Siapakah orang yang akan dipertanggungjawabkan untuk menguruskan harta pusaka mereka? Siapakah yang akan melunaskan segala hutang piutang mereka? dan sebagainya.....

Berdasarkan kajian, faktor-faktor utama mengapa berlakunya pelbagai masalah dalam pentadbiran harta pusaka ialah:-
(i) Waris tidak tahu bagaimana untuk menguruskan harta pusaka si mati 
(ii) Ahli-ahli waris terlalu sibuk; tak ada masa lansung untuk menguruskan harta pusaka si mati
(iii) Tiada kesepakatan (muafakat) di kalangan ahli-ahli waris
(iv) Perlantikan Pentadbir (Wasi) yang tidak amanah; dan
(v) Kurang maklumat mengenai harta dan hutang piutang si mati    

 Akhir sekali, renung-renungkanlah maksud firman Allah Subhanawataallah yang terkandung di dalam Surah Al-Hasyr, ayat 18 yang berbunyi:

   "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok...." 
    

Saturday, May 15, 2010

Kenapa Orang Melayu Islam Suka Menangguhkan Urusan Pembahagian Harta Pusaka

Secara umumnya, kita semua telah mengetahui bahawa harta pusaka milik orang Islam di Malaysia (yang bernilai hampir RM42 billion) DIBEKUKAN dan masih belum dituntut oleh waris-waris.


Disamping itu, sebanyak hampir satu (1) juta hakmilik (geran) tanah masih lagi atas nama si mati dan belum dipindahmilik.


Akibat daripada situasi demikian,, harta tersebut tidak dapat dibahagi-bahagikan kepada waris-waris yang layak. Harta-harta tersebut bukan sahaja tidak dapat dimajukan, malahan ianya menjadi punca pergaduhan sesama waris kerana berebut harta pusaka.


Soalnya sekarang - mengapakah orang-orang Islam tidak mengambil ikhtibar daripada kemelut tersebut?


Kenapakah orang Islam masih lagi suka menangguh-nangguhkan pembahagian harta kepada waris-waris mereka walaupun mereka boleh berbuat demikian sewaktu mereka masih hidup lagi.


Salah satu sebab mengapa kebanyakan orang Islam menganggap perkara pembahagian harta sebagai suatu perkara remeh adalah kerana mereka terlalu daif tentang Ilmu Faraidh.


Malahan, terlalu sedikit orang Islam yang membuat perancangan (semasa mereka masih hidup) tentang bagaimanakah harta mereka harus diuruskan selepas mereka meninggal dunia kelak.


Sesungguhnya Allah telah menetapkan suatu kaedah terbaik dalam pembahagian harta pusaka sepertimana yang terkandung di dalam surah An-Nisa (ayat 11 dan 12).