Apabila berlaku kematian, ahli keluarga sering menghadapi suatu komplikasi kehidupan : Semua harta si mati dibekukan dan sumber pendapatan keluarga terhenti. Soalnya: Siapakah yang akan mentadbirkan HARTA PUSAKA si arwah? Siapakah yg akan membayar HUTANG PIUTANG yang ditinggalkan beliau? KLINIK PEWARISAN HARTA mempunyai formula penyelesaian yang segera dan efektif. Sila hubungi : 012-7767171 (HJ. ZULFAKAR RAHMAT) utk keterangan lanjut.

Mutiara Dari Al-Quran

Mutiara Dari Al-Quran

Thursday, May 5, 2011

Dokumen Wasiat Penting Bagi Mengelak Krisis Keluarga

Kita semua tahu bahawa kematian itu tidak mengenai usia. Ada orang meninggal dunia pada umur tua, dan tidak kurang juga yang mati pada umur masih mudah.

Harta pusaka adalah aset dan liabiliti (hutang) yang ditinggalkan simati. Jumlah harta pusaka terdiri daripada harta alih (seperti wang simpanan, saham, kereta, simpanan ASB, Tabung Haji dan sebagainya)dan harta tak alih (seperti rumah, tanah, perniagaan, kebun/ladang dan sebagainya). Harta-harta tersebut perlu ditolak dengan belanja pengkebumian, hutang-hutang simati (jika ada) dan 1/3 wasiat (jika ada). Bakinya, barulah dibahagi-bahagikan kepada ahli-ahli waris yang berhak mengikut hukum Faraid.

Rasulullah SAW sangat mengambil berat dan banyak memberi peringatan supaya hutang dilunaskan dengan segera, sebelum meninggal dunia. Sabda Rasuullah SAW yang bermaksud: "Diampuni semua dosa orang yang mati syahid, kecuali hutang?"- (Hadith riwayat Muslim).

Pentadbiran harta pusaka menjadi mudah sekiranya kita telah melantik pentadbir atau wasi. Kita perlu menyerahkan salinan semua dokumen yang berkaitan dengan harta kita kepada pentadbir atau wasi tersebut semasa kita masih hidup. Dokumen itu memudah dan mempercepatkan pentadbiran harta pusaka oleh kerana pihak pentadbir atau wasi yang telah dilantik tidak perlu menunggu atau mencari bukti harta yang ditinggalkan.

Selain itu, dokumen wasiat juga membolehkan kita menulis jenis amal jariah dan kebajikan yang diinginkan. Apabila seseorang itu mempunyai wasiat, maka harta pusakanya ditadbir sebagai harta pusaka berwasiat.

Pentadbiran harta pusaka dibahagi-bahagikan mengikut wasiat tertakluk kepada hukum syarak. Jika pewasiat sudah melantik wasi atau pentadbir, maka wasi akan bertanggungjawab menjaga kepentingan harta pusaka dan kebajikan waris. Dalam hal ini, wasi perlu bijak dan tahu perkara-perkara penting yang perlu dilakukan sebelum pembahagian dibuat, antaranya:

(i) mendapatkan perintah pengistiharaan daripada Mahkamah Syariah;
(ii) mengenalpasti semua waris; dan
(iii)mengenalpasti harta, hutang dan wasiat/wakaf (jika ada)

Kesimpulannya:

(i) Sebagai waris kepada harta pusaka simati, waris perlu menghormati hasrat dan kehendak simati supaya pentabdiran pusaka dapat dilaksanakan dengan lancar;
(ii) Jika waris masih tidak memahami perkara berkaitan wasiat, digalakkan untuk mendapatkan khidmat nasihat pentadbir atau wasi sewaktu rundingan atau semasa majlis pembacaan wasiat;
(iii)Masalah selalu timbul apabila waris kurang faham bagaimana dokumen wasiat berfungsi dan sering membuat keputusan dan tanggapan sendiri bersandarkan emosi serta rasa tidak puas hati;
(iv) Permuafakatan adalah jalan terbaik untuk memastikan pentadbiran harta pusaka berwasiat dapat diselesaikan dengan cepat tanpa persengketaan;dan
(v) Wasiat sebagai salah satu instrumen perancangan pewarisan boleh digunakan untuk menzahirkan keinginan seseorang.

Sumber : Berita Harian.

Thursday, February 24, 2011

Bolehkah Harta Sepencarian DiTuntut Selepas Berlaku Kematian?

Pada kebiasaannya, tuntutan Harta Sepencarian berlaku apabila pasangan suami isteri bercerai akibat pepecahan dalam rumah tangga ataupun berlaku kematian. Ini bermakna, waris masih boleh menuntut Harta Sepencarian selepas berlaku kematian. Tuntutan boleh dibuat di Mahkamah Syariah.

Soalnya sekarang adakah waris si mati benar-benar tahu apa yang dimaksudkan dengan Harta Sepencarian? Setiap negeri di Malaysia telah mengeluarkan tafsiran yang berbeza-beza mengenai Harta Sepencarian. Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1884 memberi definisi Harta Sepencarian sebagai "harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat ditentukan oleh hukum syarak".

Dalam ertikata lain, Harta Sepencarian adalah harta yang terkumpul secara bersama atau pun individu sebaik saja bernikah sehinggalah berlaku perceraian antara keduanya atau pun salah seorang pasangan tersebut meninggal dunia.

Oleh itu, waris perlu tahu apa yang mereka patut buat dan di negeri mana mereka berada supaya Harta Sepencarian boleh dituntut terutama jika waris yang menuntut itu seorang wanita dan berhadapan dengan kes kematian suaminya.

Tuntutan Harta Sepencarian ini boleh dibuat terhadap pihak yang masih hidup atau warisnya kerana hak sesaorang itu tidak gugur kecuali ia memaafkan pasangannya itu atau menolak haknya dan jika hak itu masih wujud akan berpindah kepada warisnya jika dia meninggal dunia.

Tuntutan Harta Sepencarian dari sudut sejarah dan hakikatnya di negara ini lebih berdasarkan kepada undang-undang adat Melayu yang tidak bercanggah dengan kehendak syariah Islam, maka peruntukan Harta Sepencarian telah diterima sebagai sebahagian daripada undang-undang Islam di Malaysia.

Akhir sekali, hayatilah firman Allah SWT yang bermaksud:

"Orang lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan orang perempuan pula ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan."

~Surah an-Nisaa', ayat 32 ~

Saturday, January 29, 2011

Peluang Kerjaya Sebagai Perancang Harta Islam

Antara kelebihan menjadi Perancang Harta Islam:-

(i) Berpotensi mendapat pendapatan yang lumayan;
(ii) Meraih pendapatan dunia dan pahala di akhirat;
(iii) Sokongan latihan dan pemasaran yang berterusan oleh syarikat induk;
(iv) Bimbingan yang mesra dan berterusan berasaskan hubungan "mentor-mentee";
(v) Pelbagai insentif, anugerah pencapaian, kenaikan pangkat dan melancong ke luar negara setiap tahun; dan
(vi) banyak lagi......

Sebagai seorang Perancang Harta Islam, anda akan berupaya untuk:-

(i) Memahami aspek-aspek perancangan harta Islam;
(ii) Memahami aspek pembahagian harta mengikut hukum Faraid;
(iii) Boleh menasihati pelanggan dalam membuat perancangan harta yang betul berlandaskan syariah Islam; dan
(iv) Memberi maklumat yang tepat kepada orang Islam tentang kepentingan merancang harta pewarisan.

Apa tunggu lagi? SERTAILAH KAMI SEKARANG!Datanglah ke Taklimat Peluang Perniagaan di pejabat urusan kami WARISAN MUKMIN SDN. BHD, di Lot 2-61, Klang City Square, Jalan Nangka/KU1, Klang (berdekatan dengan Masjid Bandar DiRaja) pada setiap hari (Isnin-Khamis)dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang.