Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda mengenai tujuh (7) perkara yang membinasakan umat Islam. Satu daripada perkara-perkara tersebut adalah tentang "memakan harta anak yatim".
Pengertian "anak yatim" adalah anak yang masih kecil, yang masih belum baligh tetapi telah kematian bapanya. Oleh yang demikian, anak ini tidak mempunyai penjaga utama untuk memelihara dan mendidiknya.
Agama Islam amat memandang berat terhadap anak yatim. Orang yang memelihara anak yatim dengan baik dan sempurna digandakan Allah pahala ke atasnya. Sebaliknya, orang yang mensia-siakan anak yatim dianggap sebagai golongan yang mendustakan agama Allah.
Anak yatim yang mempunyai harta yang banyak daripada peninggalan (harta pusaka) bapanya hendaklah diuruskan oleh pemegang amanah (wali) dengan baik. Al-Quran memberikan petunjuk yang jelas tentang cara-cara untuk menguruskan harta anak yatim. Sila rujuk surah An-Nisaa' (ayat 5 & 6).
Allah telah menggariskan tugas dan tanggungjawab para pemegang amanah atau wali kepada anak yatim. Ayat kelima surah An-Nisaa' itu menyebut bahawa Allah melarang pemegang amanah yang menguruskan harta anak yatim itu menyerahkan harta tersebut kepada mereka (anak yatim)sebelum terbukti kemampuan mereka untuk menguruskannya sendiri dengan baik. Pengurus harta itu hendaklah menyediakan terlebih dahulu keperluan asas kepada anak yatim (daripada harta yang diuruskan itu)seperti pakaian, makanan, penginapan dan sebagainya kerana mereka mempunyai hak ke atas harta pusaka tersebut.
Dalam surah An-Nisaa' juga, Allah menerangkan bahawa pemegang amanah yang menguruskan harta anak yatim hendaklah mengadakan ujian-ujian ke atas anak yatim bagi membuktikan bahawa mereka telah mampu menguruskan sendiri harta pusaka mereka sebelum harta tersebut diserahkan kepada mereka. Ujian tersebut bertujuan menghindarkan diri anak yatim itu menyalahgunakan harta mereka atau membazirkan harta mereka.
Allah juga telah menggariskan larangan-larangan yang perlu dipatuhi oleh para pemegang amanah. Misalnya, pemegang-pemegang amanah ditegah sama sekali membelanjakan harta anak yatim untuk kegunaan peribadinya kecuali pemegang amanah tersebut seorang yang miskin. Beliau dibenarkan menggunakann harta naka yatim itu dengan kadar yang munasabah, sekadar cukup sahaja dan tidak berlebihan. sebaliknya sekiranya pemegang amanah tersebut seorang yang kaya, dia tidak dibenarkan sama sekali memakan harta anak yatim.
Pemegang amanah juga dilarang menukarkan harta yang baik kepada yang tidak baik ketika menyerahkan harta tersebut kepada anak yatim. Selain itu, ditegah juga pengurus anak yatim itu mencampuradukkan hartanya dengan harta anak yatim. Semasa penyerahan harta kepada anak yatim itu, seelok-eloknya pemegang amanah tersebut perlulah mengadakan saksi bagi menyaksikan proses penyerahan harta itu.
Demikian cara-cara pengurusan harta anak yatim menurut hukum syariah.
Bahan rujukan: Ustaz Haji Zakaria Hj. Omar, 7 perkara Yang Membinasakan Umat Islam (2007).
Mutiara Dari Al-Quran
Mutiara Dari Al-Quran
Tuesday, August 17, 2010
Tujuh Pekara Yang Membinasakan Umat Islam
Pusaka, Hibah, Harta Sepencarian, Takaful, Faraid,
Anak yatim,
harta pusaka
Friday, August 13, 2010
PUSAT KHIDMAT MUAMALAT
InsyaAllah, sebuah Pusat Khidmat Muamalat (PKM) akan dibuka di Tingkat 2, Klang City Square (berhadapan dengan Masjid Bandar DiRaja Klang) sedikit masa lagi. PKM ini diuruskan oleh MAWARITH Wealth Managemant, sebuah syarikat yang terlibat dengan perniagaan muamalat Islam seperti penulisan wasiat harta, pengistiharaan hibah/harta sepencarian, pengurusan tuntutan harta pusaka, ejen takaful dan skim amanah syariah.
PKM ini merupakan satu-satunya pusat yang dibangunkan dengan kerjasama Warisan Mukmin Sdn. Bhd.;sebuah ejen korporat yang dilantik oleh Amanah Raya Bhd. (dalam bisnes penulisan wasiat), MAA Takaful (bisnes takaful) dan Public Mutual (bisnes amanah saham).
Matlamat kami adalah untuk menggalakkan orang-orang Islam merancang harta mereka semasa mereka masih hidup lagi,jangan berlengah-lengah.Dalam perancangan harta, Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Gunakanlah lima sebelum lima: masa muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, masa lapang sebelum sibuk dan hidup sebelum mati."
"Kami sentiasa bersedia membantu anda!"
PKM ini merupakan satu-satunya pusat yang dibangunkan dengan kerjasama Warisan Mukmin Sdn. Bhd.;sebuah ejen korporat yang dilantik oleh Amanah Raya Bhd. (dalam bisnes penulisan wasiat), MAA Takaful (bisnes takaful) dan Public Mutual (bisnes amanah saham).
Matlamat kami adalah untuk menggalakkan orang-orang Islam merancang harta mereka semasa mereka masih hidup lagi,jangan berlengah-lengah.Dalam perancangan harta, Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Gunakanlah lima sebelum lima: masa muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, masa lapang sebelum sibuk dan hidup sebelum mati."
"Kami sentiasa bersedia membantu anda!"
Pusaka, Hibah, Harta Sepencarian, Takaful, Faraid,
harta pusaka,
takaful
Subscribe to:
Posts (Atom)