Apabila berlaku kematian, ahli keluarga sering menghadapi suatu komplikasi kehidupan : Semua harta si mati dibekukan dan sumber pendapatan keluarga terhenti. Soalnya: Siapakah yang akan mentadbirkan HARTA PUSAKA si arwah? Siapakah yg akan membayar HUTANG PIUTANG yang ditinggalkan beliau? KLINIK PEWARISAN HARTA mempunyai formula penyelesaian yang segera dan efektif. Sila hubungi : 012-7767171 (HJ. ZULFAKAR RAHMAT) utk keterangan lanjut.

Mutiara Dari Al-Quran

Mutiara Dari Al-Quran

Tuesday, August 17, 2010

Tujuh Pekara Yang Membinasakan Umat Islam

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda mengenai tujuh (7) perkara yang membinasakan umat Islam. Satu daripada perkara-perkara tersebut adalah tentang "memakan harta anak yatim".

Pengertian "anak yatim" adalah anak yang masih kecil, yang masih belum baligh tetapi telah kematian bapanya. Oleh yang demikian, anak ini tidak mempunyai penjaga utama untuk memelihara dan mendidiknya.

Agama Islam amat memandang berat terhadap anak yatim. Orang yang memelihara anak yatim dengan baik dan sempurna digandakan Allah pahala ke atasnya. Sebaliknya, orang yang mensia-siakan anak yatim dianggap sebagai golongan yang mendustakan agama Allah.

Anak yatim yang mempunyai harta yang banyak daripada peninggalan (harta pusaka) bapanya hendaklah diuruskan oleh pemegang amanah (wali) dengan baik. Al-Quran memberikan petunjuk yang jelas tentang cara-cara untuk menguruskan harta anak yatim. Sila rujuk surah An-Nisaa' (ayat 5 & 6).

Allah telah menggariskan tugas dan tanggungjawab para pemegang amanah atau wali kepada anak yatim. Ayat kelima surah An-Nisaa' itu menyebut bahawa Allah melarang pemegang amanah yang menguruskan harta anak yatim itu menyerahkan harta tersebut kepada mereka (anak yatim)sebelum terbukti kemampuan mereka untuk menguruskannya sendiri dengan baik. Pengurus harta itu hendaklah menyediakan terlebih dahulu keperluan asas kepada anak yatim (daripada harta yang diuruskan itu)seperti pakaian, makanan, penginapan dan sebagainya kerana mereka mempunyai hak ke atas harta pusaka tersebut.

Dalam surah An-Nisaa' juga, Allah menerangkan bahawa pemegang amanah yang menguruskan harta anak yatim hendaklah mengadakan ujian-ujian ke atas anak yatim bagi membuktikan bahawa mereka telah mampu menguruskan sendiri harta pusaka mereka sebelum harta tersebut diserahkan kepada mereka. Ujian tersebut bertujuan menghindarkan diri anak yatim itu menyalahgunakan harta mereka atau membazirkan harta mereka.

Allah juga telah menggariskan larangan-larangan yang perlu dipatuhi oleh para pemegang amanah. Misalnya, pemegang-pemegang amanah ditegah sama sekali membelanjakan harta anak yatim untuk kegunaan peribadinya kecuali pemegang amanah tersebut seorang yang miskin. Beliau dibenarkan menggunakann harta naka yatim itu dengan kadar yang munasabah, sekadar cukup sahaja dan tidak berlebihan. sebaliknya sekiranya pemegang amanah tersebut seorang yang kaya, dia tidak dibenarkan sama sekali memakan harta anak yatim.

Pemegang amanah juga dilarang menukarkan harta yang baik kepada yang tidak baik ketika menyerahkan harta tersebut kepada anak yatim. Selain itu, ditegah juga pengurus anak yatim itu mencampuradukkan hartanya dengan harta anak yatim. Semasa penyerahan harta kepada anak yatim itu, seelok-eloknya pemegang amanah tersebut perlulah mengadakan saksi bagi menyaksikan proses penyerahan harta itu.

Demikian cara-cara pengurusan harta anak yatim menurut hukum syariah.

Bahan rujukan: Ustaz Haji Zakaria Hj. Omar, 7 perkara Yang Membinasakan Umat Islam (2007).

No comments:

Post a Comment