Apabila berlaku kematian, ahli keluarga sering menghadapi suatu komplikasi kehidupan : Semua harta si mati dibekukan dan sumber pendapatan keluarga terhenti. Soalnya: Siapakah yang akan mentadbirkan HARTA PUSAKA si arwah? Siapakah yg akan membayar HUTANG PIUTANG yang ditinggalkan beliau? KLINIK PEWARISAN HARTA mempunyai formula penyelesaian yang segera dan efektif. Sila hubungi : 012-7767171 (HJ. ZULFAKAR RAHMAT) utk keterangan lanjut.

Mutiara Dari Al-Quran

Mutiara Dari Al-Quran

Thursday, February 24, 2011

Bolehkah Harta Sepencarian DiTuntut Selepas Berlaku Kematian?

Pada kebiasaannya, tuntutan Harta Sepencarian berlaku apabila pasangan suami isteri bercerai akibat pepecahan dalam rumah tangga ataupun berlaku kematian. Ini bermakna, waris masih boleh menuntut Harta Sepencarian selepas berlaku kematian. Tuntutan boleh dibuat di Mahkamah Syariah.

Soalnya sekarang adakah waris si mati benar-benar tahu apa yang dimaksudkan dengan Harta Sepencarian? Setiap negeri di Malaysia telah mengeluarkan tafsiran yang berbeza-beza mengenai Harta Sepencarian. Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1884 memberi definisi Harta Sepencarian sebagai "harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat ditentukan oleh hukum syarak".

Dalam ertikata lain, Harta Sepencarian adalah harta yang terkumpul secara bersama atau pun individu sebaik saja bernikah sehinggalah berlaku perceraian antara keduanya atau pun salah seorang pasangan tersebut meninggal dunia.

Oleh itu, waris perlu tahu apa yang mereka patut buat dan di negeri mana mereka berada supaya Harta Sepencarian boleh dituntut terutama jika waris yang menuntut itu seorang wanita dan berhadapan dengan kes kematian suaminya.

Tuntutan Harta Sepencarian ini boleh dibuat terhadap pihak yang masih hidup atau warisnya kerana hak sesaorang itu tidak gugur kecuali ia memaafkan pasangannya itu atau menolak haknya dan jika hak itu masih wujud akan berpindah kepada warisnya jika dia meninggal dunia.

Tuntutan Harta Sepencarian dari sudut sejarah dan hakikatnya di negara ini lebih berdasarkan kepada undang-undang adat Melayu yang tidak bercanggah dengan kehendak syariah Islam, maka peruntukan Harta Sepencarian telah diterima sebagai sebahagian daripada undang-undang Islam di Malaysia.

Akhir sekali, hayatilah firman Allah SWT yang bermaksud:

"Orang lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan orang perempuan pula ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan."

~Surah an-Nisaa', ayat 32 ~