Apabila berlaku kematian, ahli keluarga sering menghadapi suatu komplikasi kehidupan : Semua harta si mati dibekukan dan sumber pendapatan keluarga terhenti. Soalnya: Siapakah yang akan mentadbirkan HARTA PUSAKA si arwah? Siapakah yg akan membayar HUTANG PIUTANG yang ditinggalkan beliau? KLINIK PEWARISAN HARTA mempunyai formula penyelesaian yang segera dan efektif. Sila hubungi : 012-7767171 (HJ. ZULFAKAR RAHMAT) utk keterangan lanjut.

Mutiara Dari Al-Quran

Mutiara Dari Al-Quran

Saturday, September 25, 2010

SIAPA YANG SEPATUTNYA MERANCANG HARTA MELALUI WASIAT?

Ramai yang bertanya saya: Siapakah yang sepatutnya membuat pewarisan harta melalui wasiat?
Jawapan saya mudah saja: SETIAP orang!

Sepatutnya setiap orang perlu merancang pewarisan harta semasa kita masih hidup, jangan bertangguh-tangguh esok atau lusa kerana ajal maut akan datang tanpa sebarang notis!

Wasiat adalah satu dokumen yang mengandungi perancangan harta pusaka berbentuk arahan kepada Pentadbir atau Wasi (yang dilantik oleh pewasiat) untuk melaksanakan segala hasrat pembuat wasiat atau Pewasiat termasuklah melaksanakan segala perancangan, pengurusan dan pengagihan harta pusaka selepas pewasiat itu meninggal dunia.

Pewarisan harta yang dirancang melalui wasiat dapat diagih-agihkan kepada waris-waris yang layak menerima. Disamping itu, melalui wasiat juga pewasiat boleh menyatakan hasratnya untuk membuat amal jariah dengan cara mengimfakkan 1/3 daripada harta pusakanya kepada orang lain untuk tujuan kebaikan. Pahala bersedekah amat besar, laksana air sungai, sentiasa mengalir hingga hari kiamat!

Ternyata perancangan harta pewarisan melalui wasiat mempunyai banyak kebaikan, antaranya ialah:-

(i) perlantikan Pentadbir harta atau Wasi melalui wasiat akan memudahkan segala urusan dan pentadbiran harta pusaka selepas berlaku kematian;
(ii)perlantikan Penjaga yang boleh dipercayai akan menjamin kebajikan dan kepentingan waris-waris selepas kematian termasuk kepentingan anak-anak bawah umur atau anak-anak yang menghadapi penyakit kronik;
(iii)pengisytiharaan tentang semua harta yang dimiliki, segala hutang piutang dan juga waris-waris si mati;
(iv)meninggalkan pesanan atau nasihat yang baik kepada waris-waris terdekat terutama kepada anak-anak yang ditinggalkan;
(v)mengurangkan bebanan kepada waris-waris dalam urusan tuntutan harta pusaka;
(vi)mempercepatkan proses tuntutan harta pusaka;
(vii)boleh membuat amal jariah (sedekah)ke atas harta pusaka untuk tujuan kebajikan ummah.

Akhir sekali, renungkanlah sabda Rasulullah ini:-

"Gunakanlah lima sebelum lima: masa muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, masa lapang sebelum sibuk dan hidup sebelum mati"