Apabila berlaku kematian, ahli keluarga sering menghadapi suatu komplikasi kehidupan : Semua harta si mati dibekukan dan sumber pendapatan keluarga terhenti. Soalnya: Siapakah yang akan mentadbirkan HARTA PUSAKA si arwah? Siapakah yg akan membayar HUTANG PIUTANG yang ditinggalkan beliau? KLINIK PEWARISAN HARTA mempunyai formula penyelesaian yang segera dan efektif. Sila hubungi : 012-7767171 (HJ. ZULFAKAR RAHMAT) utk keterangan lanjut.

Mutiara Dari Al-Quran

Mutiara Dari Al-Quran

Thursday, May 5, 2011

Dokumen Wasiat Penting Bagi Mengelak Krisis Keluarga

Kita semua tahu bahawa kematian itu tidak mengenai usia. Ada orang meninggal dunia pada umur tua, dan tidak kurang juga yang mati pada umur masih mudah.

Harta pusaka adalah aset dan liabiliti (hutang) yang ditinggalkan simati. Jumlah harta pusaka terdiri daripada harta alih (seperti wang simpanan, saham, kereta, simpanan ASB, Tabung Haji dan sebagainya)dan harta tak alih (seperti rumah, tanah, perniagaan, kebun/ladang dan sebagainya). Harta-harta tersebut perlu ditolak dengan belanja pengkebumian, hutang-hutang simati (jika ada) dan 1/3 wasiat (jika ada). Bakinya, barulah dibahagi-bahagikan kepada ahli-ahli waris yang berhak mengikut hukum Faraid.

Rasulullah SAW sangat mengambil berat dan banyak memberi peringatan supaya hutang dilunaskan dengan segera, sebelum meninggal dunia. Sabda Rasuullah SAW yang bermaksud: "Diampuni semua dosa orang yang mati syahid, kecuali hutang?"- (Hadith riwayat Muslim).

Pentadbiran harta pusaka menjadi mudah sekiranya kita telah melantik pentadbir atau wasi. Kita perlu menyerahkan salinan semua dokumen yang berkaitan dengan harta kita kepada pentadbir atau wasi tersebut semasa kita masih hidup. Dokumen itu memudah dan mempercepatkan pentadbiran harta pusaka oleh kerana pihak pentadbir atau wasi yang telah dilantik tidak perlu menunggu atau mencari bukti harta yang ditinggalkan.

Selain itu, dokumen wasiat juga membolehkan kita menulis jenis amal jariah dan kebajikan yang diinginkan. Apabila seseorang itu mempunyai wasiat, maka harta pusakanya ditadbir sebagai harta pusaka berwasiat.

Pentadbiran harta pusaka dibahagi-bahagikan mengikut wasiat tertakluk kepada hukum syarak. Jika pewasiat sudah melantik wasi atau pentadbir, maka wasi akan bertanggungjawab menjaga kepentingan harta pusaka dan kebajikan waris. Dalam hal ini, wasi perlu bijak dan tahu perkara-perkara penting yang perlu dilakukan sebelum pembahagian dibuat, antaranya:

(i) mendapatkan perintah pengistiharaan daripada Mahkamah Syariah;
(ii) mengenalpasti semua waris; dan
(iii)mengenalpasti harta, hutang dan wasiat/wakaf (jika ada)

Kesimpulannya:

(i) Sebagai waris kepada harta pusaka simati, waris perlu menghormati hasrat dan kehendak simati supaya pentabdiran pusaka dapat dilaksanakan dengan lancar;
(ii) Jika waris masih tidak memahami perkara berkaitan wasiat, digalakkan untuk mendapatkan khidmat nasihat pentadbir atau wasi sewaktu rundingan atau semasa majlis pembacaan wasiat;
(iii)Masalah selalu timbul apabila waris kurang faham bagaimana dokumen wasiat berfungsi dan sering membuat keputusan dan tanggapan sendiri bersandarkan emosi serta rasa tidak puas hati;
(iv) Permuafakatan adalah jalan terbaik untuk memastikan pentadbiran harta pusaka berwasiat dapat diselesaikan dengan cepat tanpa persengketaan;dan
(v) Wasiat sebagai salah satu instrumen perancangan pewarisan boleh digunakan untuk menzahirkan keinginan seseorang.

Sumber : Berita Harian.