Apabila berlaku kematian, ahli keluarga sering menghadapi suatu komplikasi kehidupan : Semua harta si mati dibekukan dan sumber pendapatan keluarga terhenti. Soalnya: Siapakah yang akan mentadbirkan HARTA PUSAKA si arwah? Siapakah yg akan membayar HUTANG PIUTANG yang ditinggalkan beliau? KLINIK PEWARISAN HARTA mempunyai formula penyelesaian yang segera dan efektif. Sila hubungi : 012-7767171 (HJ. ZULFAKAR RAHMAT) utk keterangan lanjut.

Mutiara Dari Al-Quran

Mutiara Dari Al-Quran

Thursday, May 20, 2010

Urusan Harta Pusaka : Jangan Ambil Mudah!

Berdasarkan pengalaman saya dalam memberi ceramah-ceramah tentang " Penulisan Wasiat Harta ", saya telah menerima beberapa reaksi daripada para peserta. Reaksi tersebut bolehlah dikategorikan kepada 3 jenis:-
(i) " Saya tak perlu buat wasiat sebab saya masih muda"
(ii) " Buat apa nak susah-susah buat wasiat, saya tak ada harta"; dan
(iii) "Orang yang buat wasiat tu adalah orang yang hampir nak mati."

Urusan mengenai pembahagian harta pusaka WAJIB DISEGERAKAN. Ini adalah kerana apabila berlaku kematian ke atas seseoramg Muslim, harta yang ditinggalkan oleh si mati tersebut (dipanggil harta pusaka) WAJIB diuruskan  dengan SEGERA menurut turutan hak-hak seperti berikut:-
(i) Perbelanjaan pengurusan jenazah (misalnya: upah mandi mayat, gali kubur, baca talqin, sewa van mayat dll)  
(ii) Membayar hutang si mati terhadap agama (misalnya: upah haji, zakat, nadzar, kifarah)
(iii) Membayar hutang si mati terhadap manusia (contohnya: hutang kad kredit, hutang rumah, hutang kereta, hutang dengan kawan dsb.)
(iv) Menyelesaikan tuntutan Harta Sepencarian
(v) Menunaikan wasiat ( tertaaluk kepada had maksima 1/3 daripada baki harta pusaka selepas dilunaskan hutang piutang); dan
(vi) Membahagi-bahagikan  2/3 baki harta kepada waris-waris yang layak (mengikut Faraid).

Perlu diingatkan bahawa perlaksanaan urusan di atas TIDAK berlaku  secara automatik selepas berlaku kematian anda.  Urusan tersebut perlu dirancang dengan teliti supaya ianya dapat dilaksanakan dengan lancar dan yang lebih penting, mengikut lunas-lunas Syariat.

Perancangan pewarisan harta perlu dibuat SEKARANG, jangan ditangguh-tangguh dengan memberi berbagai alasan - umur masih muda atau menunggu selepas pencen. atau menunggu apabila harta telah banyak!

Semua orang Islam sememangnya telah mengetahui bahawa hukum mengenai harta pusaka  di atas  adalah  FARDU KIFAYAH dan WAJIB.

Hakikatnya, terlalu ramai orang Islam yang telah gagal!  Ramai orang Islam yang tidak merancang semasa mereka masih hidup lagi tentang bagaimana harta mereka hendak diuruskann apabila meninggal dunia kelak? Siapakah orang yang akan dipertanggungjawabkan untuk menguruskan harta pusaka mereka? Siapakah yang akan melunaskan segala hutang piutang mereka? dan sebagainya.....

Berdasarkan kajian, faktor-faktor utama mengapa berlakunya pelbagai masalah dalam pentadbiran harta pusaka ialah:-
(i) Waris tidak tahu bagaimana untuk menguruskan harta pusaka si mati 
(ii) Ahli-ahli waris terlalu sibuk; tak ada masa lansung untuk menguruskan harta pusaka si mati
(iii) Tiada kesepakatan (muafakat) di kalangan ahli-ahli waris
(iv) Perlantikan Pentadbir (Wasi) yang tidak amanah; dan
(v) Kurang maklumat mengenai harta dan hutang piutang si mati    

 Akhir sekali, renung-renungkanlah maksud firman Allah Subhanawataallah yang terkandung di dalam Surah Al-Hasyr, ayat 18 yang berbunyi:

   "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok...." 
    

1 comment:

  1. Alhamdulillah...teruskan kita memartabatkan kpd masyarakat umum supaya mmbuat wasiat ketika hidup..

    ReplyDelete