Kami telah membuat perancangan untuk ke Melbourne, seawal 3 bulan sebelum tarikh penerbangan. Ini termasuklah menempah tiket kapal terbang. Secara kebetulan ketika itu, sebuah syarikat penerbangan Timur Tengah ada menawarkan pakej tambang murah ke Melbourne. Tanpa berlengah-lengah lagi, kami pun terus ke pejabat syarikat penerbangan tersebut di Kuala Lumpur untuk membeli tiket. Malahan isteri saya telah berkemas beg pakaiannya awal-awal lagi supaya tidak kelam kabut pada saat-saat akhir.
Pada hari penerbangan, pesawat kami telah berlepas dari KLIA jam 2.30 petang dan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tullamarine, Melbourne jam 2.00 pagi (waktu Melbourne). Suasana di lapangan terbang Melbourne sunyi sepi kerana pesawat yang membawa kami itu merupakan pesawat terakhir mendarat di lapangan terbang tersebut untuk hari itu. Urusan imigrasi dan bagasi di terminal ketibaan berjalan lancar kerana tiada ramai penumpang yang mendarat dan petugas-petugas pun kelihatan letih.
Sepanjang penerbangan selama 8 jam itu, kami telah disajikan dengan makanan halal yang enak sambil menonton tv kecil yang di pasangkan di setiap kerusi penumpang. Ada juga penumpang yang tidur. Saya pula menghabiskan masa penerbangan dengan membaca sebuah novel travelog yang baru dibeli di KLIA.
Selama dua minggu kami berada di Melbourne. Kami telah bermuafakat untuk membawa Sya melawat beberapa tempat menarik di sana. Hafiz pula pada tarikh tersebut tidak ada kuliah dan ada kelapangan masa. Antara tempat yang paling menarik ialah Eureka Skydeck 88, Melbourne.
Eureka Tower yang terletak dipinggir Sungai Yarra, Melbourne merupakan sebuah mercu tanda yang terkenal di Melbourne. Bangunan pencakar langit setinggi 89 tingkat itu mejadi kebanggaan rakyat Australia. Mereka mendakwa Skydeck 88 itu merupakan tempat awam (observation deck) yang paling tinggi di dunia. Disamping itu keunikan bangunan ini ialah kepantasan sistem lifnya yang boleh membawa penumpang naik terus ke tingkat paling atas iaitu Skydeck 88 dalam tempoh 3 saat sahaja. Untuk melawat Skydeck 88 ini, setiap pelawat perlu membeli tiket di kaunter yang terletak di tingkat bawah menara tersebut. Setelah membeli tiket, kami beratur bersama-sama pelawat lain dan kemudiannya naik lif secara berkumpulan menuju ke tingkat 88. Hafiz melihat jam ditangannya. Memang benar, kami sampai di Skydeck 88 dalam tempoh 3 saat sahaja!
Apabila lif dibuka, Sya terus meronta ingin melepaskan dirinya dari dokongan Hafiz. Sebaik saya dia dilepaskan dari pegangan bapanya, Sya berlari ke sana ke mari dan sekali sekala menjenguk ke bawah bangunan menerusi tingkap cermin yang tebal itu, tanpa rasa takut atau gayat. Gembira betul dia melihat pelawat-pelawat yang berlegar-legar sambil melihat pemandangan indah kota Melbourne dari puncak Skydeck 88 itu. Ramai pelancong dan orang tempatan yang melawat Skydeck 88 ini. Mereka berasa amat kagum kerana dapat melihat keseluruhan kota Melbourne yang dipenuhi dengan bangunan pencakar langit, tempat-tempat bersejarah dan tumbuh-tumbuhan hijau di sekelilingnya. Ada juga yang melihat melalui teropong khas atau viewfinder yang boleh digunakan dengan memasukkan duit siling ke dalam mesinnya. Terdapat beberapa orang pelawat yang kelihatan berasa gayat semasa berada di Skydeck 88 itu. Saya ternampak seorang wanita muda terpaksa dipimpin tangannya oleh rakan-rakan yang lain bagi membolehkan wanita itu pergi menghampiri dinding cermin untuk melihat pemandangan di luar.
Di Skydeck 88 ini terdapat sebuah kiub kaca besar yang dipanggil "The Edge". Kiub kaca ini boleh membawa pelawat-pelawat menjulur keluar sepanjang 3 meter dari bangunan tinggi ini untuk melihat pemandangan diluar melalui dinding kaca dan lantai kaca. Kiub kaca itu boleh memuatkan pelawat seramai 20 orang bagu setiap sesi lawatan. Pelawat-pelawat boleh melihat pemandangan di luar sama ada menerusi dinding-dinding kaca ataupun lantai kaca temapt mereka berpijak.
Kami memberanikan diri untuk menerokai pengalaman baru itu. Setelah membeli tiket, kami diminta menunggu giliran kami sebelum dibenarkan masuk ke dalam kiub kaca itu. Setelah nombor giliran dipanggil, kami pun dengan rasa suspen memasuki "The Edge". Sebelum memasuki kiub itu, kami diminta menyerahkan beg-beg tangan dan tidak dibenarkan membawa kamera. Kami diminta memakai sarung kasut khas supaya lantai kaca di dalam kiub itu tidak tercalar atau kotor. Sambil kiub kaca itu menjulur keluar, dinding cermin akan dibuka secara perlahan-lahan dan diiringi bunyi seakan-akan bunyi keretapi. Apabila semua dinding dan lantai kaca dibuka, kami dapat melihat pemandangan di sekeliling kota Melbourne dengan jelas dan indah sekali dalam kiub kaca setinggi 300 meter dari paras laut!.
Sebelum keluar dari kiub kaca itu, kami berpeluang bergambar beramai-ramai melalui sistem kamera yang disediakan. Gambar tersebut akan siap dalam tempoh 15 minit dan boleh dikutip apabila nombor giliran dipanggil.
SubhanaAllah. Sesungguhnya Allah Maha Agong kerana telah mencipta manusia-manusia genius yang berjaya menrekacipta bangunan Eureka Skydeck 88 yang hebat dan unik itu.

No comments:
Post a Comment