Apabila berlaku kematian, ahli keluarga sering menghadapi suatu komplikasi kehidupan : Semua harta si mati dibekukan dan sumber pendapatan keluarga terhenti. Soalnya: Siapakah yang akan mentadbirkan HARTA PUSAKA si arwah? Siapakah yg akan membayar HUTANG PIUTANG yang ditinggalkan beliau? KLINIK PEWARISAN HARTA mempunyai formula penyelesaian yang segera dan efektif. Sila hubungi : 012-7767171 (HJ. ZULFAKAR RAHMAT) utk keterangan lanjut.

Mutiara Dari Al-Quran

Mutiara Dari Al-Quran

Thursday, May 24, 2012

Jawatan Ketua Imam Masjid Menjadi Rebutan

Baru-baru ini berlaku kekecohan di sebuah masjid berpunca daripada isu pelantikan ketua imam. Di dalam mesyuarat agong masjid berkenaan, nazir masjid telah memaklumkan kepada ahli kariah yang hadir bahawa perkhidmatan ketua imam akan digantikan dengan imam yang berusia lebih muda. Ini adalah kerana umur ketua imam telah melebihi 65 tahun. Di dalam perlembagaan pentadbiran masjid bagi negeri tersebut, ada dinyatakan dengan jelas bahawa had umur bagi jawatan imam dan pegawai-pegawai masjid yang lain seharusnya tidak melebihi 65 tahun. 

Setelah usai mesyuarat agong bagi melantik pegawai dan ahli jawankuasa masjid yang baru, nama-nama pegawai dan AJK masjid yang dicalonkan di dalam mesyuarat agong telah dikemukakan untuk kelulusan pihak berkuasa agama Islam di daerah tersebut.

Ingatkan isu pelantikan ketua imam itu telah selesai setakat itu. Sebaliknya tidak begitu. Mantan ketua imam itu masih tidak puas hati dengan pelantikan imam muda sebagai ketua imam. Beliau beserta beberapa orang ahli keluarganya telah membuat aduan kepada pejabat agama daerah. Dia mempertikaikan kenapa perkhidmatan beliau sebagai ketua imam tidak disambung lagi. Katanya, perkhidmatan beliau masih diperlukan oleh ahli kariah. Faktor umur tidak menjadi halangan kerana di masa-masa dahulu, jawatan ketua imam masih boleh disandang walaupun usia mereka telah melebihi 60 tahun. Disamping itu, beliau mempersoalkan kebolehan imam muda tersebut. Adunya, imam muda itu tidak mempunyai kelulusan sekolah agama, lulus setakat sekolah melayu dan berkerja sebagai buruh sahaja.   

Imam muda yang dinaikakn pangkat kepada ketua imam itu mempunyai keistimewaan tertentu. Walaupun beliau tidak mempunyai latarbelakang sekolah agama yang cukup, tetapi beliau rajin menuntut ilmu daripada guru-guru agama terutama ilmu tajwid. Keistimewaan imam muda itu ialah beliau mempunyai suara yang merdu, dapat menguasai ilmu tajwid dengan baik dan rajin solat berjemaah di masjid. Imam-imam lain di dapati jarang-jarang datang ke masjid kecuali pada waktu giliran mereka bertugas imam. Berdasarkan ciri-ciri inilah, pihak pengurusan masjid telah memperakukan imam muda itu untuk dilantik sebagai ketua imam yang baru.

Kemelut pelantikan imam muda sebagai ketua imam tidak sepatutnya menjadi isu yang boleh menyebabkan perpecahan dikalangan ahli kariah. Bekas ketua imam harus sedar bahawa beliau telah lanjut usia dan patut berehat. Sewajarnya beliau memberi laluan kepada imam-imam yang berumur lebih muda dari beliau untuk memimpin solat berjemaah.  Imam-imam muda ini dianggap sebagai barisan pelapis. Beliau boleh menunjuk ajar imam-imam muda agar mereka lebih yakin dan mampu menjadi imam berkaliber di masa akan datang. 

Mantan ketua imam itu masih boleh memberi perkhidmatan sebagai imam solat pada waktu zuhur dan asar, kerana imam-imam yang lain tidak dapat bersama lantaran bertugas rasmi. Pihak pengurusan masjid masih boleh menimbangkan pembayaran elaun khas kepada bekas ketua imam melalui wang tabung masjid. Apa yang lebih utama ialah keperluan menyediakan barisan pelapis untuk mengambilalih tugas sebagai pegawai-pegawai masjid di masa hadapan. Dengan pelantikan barisan imam-imam muda, besar kemungkinan ia dapat menarik lebih ramai ahli kariah datang bersolat jemaah di masjid.    Wallahualam.

No comments:

Post a Comment